Selamat datang ke blog Badan Dakwah dan Rohani Sekolah (BADAR) SMKA (P) Almashoor. Di sini kami banyak berkongsi maklumat dan artikel mengenai perkembangan Islam serta hal-hal mengenai remaja kita. Selain itu, segala aktiviti BADAR yang telah dijalankan di sekolah juga akan dimuatkan di sini. Sudah tiba masanya untuk kita lahirkan bakal Salahuddin Al-Ayyubi, Sultan Muhammad Al-Fatih, Umar Al-Khattab para pemimpin Islam terdahulu, insha Allah. Ihfadillah and rock on!

Saturday 21 February 2015

"Aku tak layak."

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Blog de Beethoven-crache-sur-Bac - You sometimes think you want to disappear, but all you really want is to be found. - Skyrock.com 


"Aku tak layak." 

Pap! Satu statement tak sedar diri.

"Kenapa kau rasa kau tak layak ?" Sinis Sky bertanya.

"Aku jahat. Aku ada banyak rekod hitam. Aku tak layak."

HA HA HA. Sky fakes laugh. Qed hairan. Wajah yang menunduk, dipanggung menjeling Sky.

"Kau manusia ?"

"Soalan bodoh mana kau kutip ?" Qed tayang muka tak puas hati.

"Aku tanya. Kau manusia ?" Sky ulang.


"Iye, aku manusia. Ada dua tangan, dua kaki, dua mata, chromosomes 46, mamalian, spesis homo. Yes, I'm a human!"

"Habis, kau perfect ke ?"

"Mestilah tak!" Laju Qed bantah. Masih serius pandang Sky. Dah kenapa budak ni ? Tetiba tanya soalan luar alam.

"Habis, aku perfect sangat ke ? KP perfect sangat ke ? BADAR tu perfect sangat ke ? KA perfect sangat ke ?" Zupp, zupp, zupp. 

Nah! Terdiam Qed.  

"Kalau semua manusia perfect, kau takkan pernah dengar satu pun kes jenayah dan masalah sosial. Hatta desas-desus sekalipun. Tak perlu wujud jawatan polis, tak perlu department disiplin et cetera et cetera."

"Setiap insan itu pelupa. Setiap insan tak sempurna. Ada orang kelebihan dia gini-gini. Ada orang kelemahan dia gitu-gitu. Tidak sempurna bukan alasan untuk kata tak layak. Tak!"


"Tidak sempurna beerti kita perlu muhasabah diri. Tajdid niat. Zaman jahiliyah adalah zaman silap. Buang jauh-jauh."

Sky sambung. 

"Tapi, layakkah aku ? Dengan perangai selekeh, akhlak kelaut! Tah siapalah yang buta sangat pilih aku." Qed geleng.

Dahi Qed dijentik.

"Kau salah Qed. Kau salah. Bukan sesiapa yang pilih kau, tapi Tuhan. Allah yang pilih. Guru ke senior ke, diorang cuma perantara. Ilham daripada Allah. Sekarang, kau nak kata Tuhan buta memilih kau ?"

Qed tersentak. Pap! 

"Hidayah milik Allah. Bukan milik aku, bukan milik kau. Berdoalah, agar Dia kurniakan kau hidayah. Keputusan ditangan kau."


"Kau tolak tawaran ini, bermakna kau tolak amanah Allah. Sampai bila kau nak terus-terusan menghampakan Tuhan ?"

Dan Sky berlalu, meninggalkan soalan tanpa dijawab.

 
                                                  كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته


(Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinan kamu)


Pftt, duh dari mana wujud statement "Aku tak layak." 

Andai benar kamu manusia, kamu adalah khalifah.
Andai benar kamu Muslim, kamu adalah daie.

Amanah. Tanggungjawab.

Ya, dua benda yang susah dan berat untuk dipikul. Tapi, andai kamu percaya Tuhan itu ada, Allah itu ada, kamu pasti takkan mengeluarkan statement "Aku tak layak."


Image result for hasbunallah wani'mal-wakîl 


Kau tak perlukan aku,
Kau tak perlukan dia,
Kau tak perlukan mereka,
Kau perlukan Dia, kau perlukan Rabb, kau perlukan Allah!

Andai suatu saat, 
Kau rebah dalam dunia dakwah,
Kembalilah,
Pada Tuhan yang Esa. 

Daie perlu qowiy,
Daie lemah, mad'u rebah. 

"Aku tak layak." = Aku sedang berusaha dalam hijrah lillah ta'ala.


Love,
-Lord's

No comments:

Post a Comment