Selamat datang ke blog Badan Dakwah dan Rohani Sekolah (BADAR) SMKA (P) Almashoor. Di sini kami banyak berkongsi maklumat dan artikel mengenai perkembangan Islam serta hal-hal mengenai remaja kita. Selain itu, segala aktiviti BADAR yang telah dijalankan di sekolah juga akan dimuatkan di sini. Sudah tiba masanya untuk kita lahirkan bakal Salahuddin Al-Ayyubi, Sultan Muhammad Al-Fatih, Umar Al-Khattab para pemimpin Islam terdahulu, insha Allah. Ihfadillah and rock on!

Friday 20 February 2015

Lembik.

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

"Nak jadi lembik. Bosan dan jadi sado."

Sat sat nak gelak. Gelak berangkai. Gelak tergolek. HA HA HA. Ok ok serious.


Baru kena jentik sikit.

Baru kena maki sepatah.
Baru kena perli sedas. Tu pun bukan das M16.
Dah kata penat. Dah kata bosan.

Kemon. Kamu tak layak lah jadi daie macam tu.


Eh marah ? ص ب ر.

Eh tapi betul.

Nabi-nabi berdakwah berapa lama ?

Sehari ? Sebulan ? Ke setahun ?
Lama. Sampai beratus tahun.
Ada diorang futur (putus asa) ?
Ada ? Tak.

Kamu ? Let me guess.

Setakat dakwahnya kat twitter.
Setakat tarbiyahnya kat fb.
Setakat bubuh 'kepsyen' doa kat instagaram. *sambil letak emoji macam-macam
Dah nak futur.

Eh sentap ? ص ب ر.


"At least aku ada effort kan. Bajet bagus nak kritik"


Saya tak kata salah. Jangan salah faham. Nanti saya rasa bersalah. Acewah ;D

Betul lah tu. Effort kamu. Cara kamu. Bak kata omputih, everyone has their own way.

Tapi,


Tajdid niat. Sunnguh ni nak habaq !

Check balik niat. Kut-kut ada lompang memana.


"Putus ada di pertengahan kebanyakannya berpunca dari permulaan"

Paham dok ?
Kamu, termasuk saya, kadang-kadang putus asa sebab niat kita salah.
Nak orang nampak kita baik.
Nak orang sanjung.
Nak pujian dari ostad-ostad laman so-sial.
       "Solehahnya awaa" *ditambah emoji kenyit mata

So, meh sama-sama renovate, reform, rebuild niat.

Kemon, jangan lembik sangat.
Sembang daie.
Setakat sembang je lah.
*emoji daun-daun terbang ditiup angin

Asyik-asyik futur. Asyik-asyik down.
Sebab apa ?
Sebab berdakwah kamu, nak manusia nampak.
Sebab berdakwah kamu, nak raih perhatian manusia.
Sebab berdakwah kamu, setakat sembang makcik-makcik.
Meleret.

Cup cup ! Jangan blah lagi.
Awaa saya merayu ni awaa :<
Sembang daie ?
Sentap sikit dah benci. Heh.

Sat, nak habaq.
Kalau kamu rasa nak futur, kalau kamu rasa dah tak tahan dengan mehnah dakwah.
Fikir, ujian kamu mungkin tak sampai 1% dari ujian para Nabi.

Nak futur juga ? Ok.
Kamu dah hampakan Allah.

Nastagfirullah.
Nastagfirullah.
Nastagfirullah.

كنتم خير امة اخرجت للناس
               (3 : 110)

See ?
Allah dah kata.
Kamu sebaik-baik umat. 
Tapi kamu ? Futur.
Kamu dah hampakan Allah.

Dah, moh tinggalkan sesi melankolik drama melayu.
Lap ayaq mata. Buang daki futur yg melekat dekat badan.
Sado lah sikit.
--Even kamu tak ada sixpacks, tapi kamu ada iman ;D

Janji dengan saya.
Janji dengan Allah.
Takmau lembik.
Takmau futur.
Takmau lemau.
Nak jadi qowiy macam Nabi :>

Bangun.
Bangun wahai daie.
Jangan terus futur makian.
Jangan terus lena dalam cacian.
Kalau daie pun futur, lembik, lemau--
Bayangkan keadaan ummah.
*mohon gunakan konsep imaginary 3D/4D supaya lebih jelas kesannya

Bangun.
Sembang daie.
Kita bukan sembang makcik jual pasemboq Padang Kota.
Kita sembang gaya orang ada ilmu.
Kita ada misi ;
MISI BANGUNKAN UMMAH.

sayang--
    ح ش


No comments:

Post a Comment