Lencana | Logo
PENGENALAN DAN INTRODUKSI
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Almashoor atau nama ringkasnya SMKA (P) Almashoor, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Medan Lim Cheng Teik, Jalan Burma.
Tahun 1984, Kementerian telah mengambil alih pentadbiran dan pengurusan sekolah demi memantapkan sistem sekolah serta memperkembangkan sistem Pendidikan Agama ke arah yang lebih Dinamik dan Pro-aktif. Moga-moga matlamat sekolah iaitu 'KE ARAH KECEMERLANGAN ILMU DAN KESEMPURNAA AKHLAK' menjadi kenyataan yang berkekalan.
SMKA(P) Al-Mashoor or ALMASHOOR ISLAMIC GIRLS SCHOOL (AIGS) was one of the earliest schools in Penang, established on Thursday 9th of November, 1916 ( 16th of Muharram 1335 AH ). It was originally known as Madrasah Al Quran in Acheen Street, Penang headed by its first principal, Al-Syed Al-Shaik Al-Hadi. The school moved from Acheen Street to the 'Old Javanese Village Area' called 'Kampung Jawa Lama' in the heart of Georgetown. It was at this time that the school assumed its current root name "Madrasah Mashoor Al Islamiah" after a reknown community elder, Tuan Habib Al-Mashoor.
Pada tahun 1920, Madrasah ini telah berpindah ke Lebuh Tek Soon di mana tapak sekolah adalah kepunyaan tuan Haji Bachik. Pada masa ini perkembangan sekolah berlaku dengan pesat sekali dan yuran sebanyak RM2 dikenakan kepada setiap pelajar. Semasa pemerintahan Jepun, Madrasah Al Mashoor telah ditutup selama 3 tahun 8 bulan dan dibuka kembali pada tahun 1945 setelah setelah British kembali ke Tanah Melayu. Usaha-usaha berterusan dijalankan untuk mendirikan bangunan baru bagi sekolah dan asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan. Pada tahun 1957, sempena kunjungan YTM Tunku Abdul Rahman ke Madrasah Al Mashoor, beliau telah berjanji akan mendirikan bangunan baru bagi kedua-dua buah sekolah .
Sebuah jawatankuasa binaan telah ditubuhkan dan mereka telah bekerja keras untuk penubuhan sekolah baru. Waris-waris Almarhum Tuan K.M.S Sultan Alaudin mewakafkan sekeping tanah dan rumah di Jalan Lunas bagi tapak sekolah perempuan. Pada tahun 1979 Kementerian Pelajaran telah mengambil alih Madrasah Al Mashoor lelaki dan perempuan dan telah mendirikan sebuah bangunan baru di Jalan Air Itam untuk pelajar lelaki.
Selepas tiga tahun kerajaan mengambil alih SMKA (P) Al Mashoor, ada cadangan untuk membina bangunan baru bagi menggantikan bangunan lama yang telah uzur dan tidak dapat menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Sementara menanti bangunan baru siap, pelajar-pelajar telah menumpang di SMKA (L) Al Mashoor dari tahun 1982 hingga tahun 1984. Pada bulan Oktober 1984 para pelajar perempuan mula berpindah ke bangunan baru dan tersergamlah bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Al Mashoor di Medan Lim Cheng Teik, Pulau Pinang.
ALAMAT
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SMKA (P) Almashoor sila klik sini dan sini, maaf mungkin website sekolah 'under construction', semoga kami membantu kalian apa yang dicari.
hahaha
ReplyDelete