Buat dirimu wahai Daie,
Pimpinan engkau, ahli engkau, semuanya terletak di bawah tanggungjawab engkau. Jika engkau leka, lalai, lagha, alpa dan engkau endahkan, engkau biarkan, maka apakah engkau seorang yang memegang amanah dan bertanggungjawab? Maka, jawablah di hadapanNYA kelak.
Menjadi seorang pemimpin bukan mudah,Saat engkau futur, kenangkanlah kepimpinan dan kebijaksanaan Rasulullah. Bagaimana lembutnya dalam ketegasan baginda? Kasih sayang yang mengatasi segala kemarahan. Bagaimana pula dengan khalifah Sayyidina Umar? Lupakah engkau, pesanannya ialah :-
"Jadilah pemimpin yang merupakan orang pertama yang merasai kelaparan dan orang terakhir yang merasai kekenyangan"Begitulah pengorbanan dan ketabahan yang ditunjukkan oleh pemimpin yang adil. Jadilah seperti mereka, ambil ibrah dari perjuangan mereka. Jadilah pemimpin yang dihormati bukan ditakuti.
Tidakkah engkau takut jika engkau terleka? Sebab itu perlu tarbiyyah supaya tersedar dan terjaga. Sahabat itu pula tugasnya menjaga. Lantas janganlah engkau hanya menjadi pemimpin yang mengarahkan sahaja. Jadilah yang senang untuk mengadu dan menyapa.
Engkau ketua yang menunjukkan apa itu ukhuwah, jika engkau lemah, mengadulah. Mengadulah pada yang Esa. Mengadulah pada sahabatmu, Mereka bukan hanya mengikutmu tapi teman suka dan duka. Rapatlah dengan mereka dan binalah ukhuwah. Jangan biarkan mereka merasa kekok dan kosong, wujudkan persahabatan di bawah redha Allah.
Andai mereka lalai, tariklah mereka untuk ke syurga Allah. Jangan engkau ambil mudah, itu semua tanggungjawabmu, Allah itu maha adil. Jika baik yang kita sebarkan,moga saham baik yang kita dapat. Berkumpul dengan orang orang yang baik, di tempat yang paling baik,itulah syurga Allah. Kita sama sama tarbiyah diri kita, tarbiyah sampai diri kita hadam.
Tarbiyah bukan untuk orang yang tidak baik, tetapi untuk orang yang ingin jadi baik. Kerana tanpa tarbiyah, gerenti rebah.
Dakwah ini ibarat membasuh baju. Sebelum baju bersih, tangan kita akan bersih dahulu. Kalau baju tu tak bersih sebab terlalu kotor, tetap tangan kita akan besih. Begitu juga dengan dakwah. Kalau orang lain tak berubah, Allah akan ubah diri kita. Kalau orang lain tetap tak berubah, Allah tetap akan ubah diri kita.Wallahualam
Hanya perkongsian ringkas buat rakan seperjuangan BADAR'15,
teruskan perjuangan kalian, moga Allah permudahkan.
-NI-
Terharu ��
ReplyDelete