Selamat datang ke blog Badan Dakwah dan Rohani Sekolah (BADAR) SMKA (P) Almashoor. Di sini kami banyak berkongsi maklumat dan artikel mengenai perkembangan Islam serta hal-hal mengenai remaja kita. Selain itu, segala aktiviti BADAR yang telah dijalankan di sekolah juga akan dimuatkan di sini. Sudah tiba masanya untuk kita lahirkan bakal Salahuddin Al-Ayyubi, Sultan Muhammad Al-Fatih, Umar Al-Khattab para pemimpin Islam terdahulu, insha Allah. Ihfadillah and rock on!

Badar's Theme Video


Diterbitkan di Youtube pada 19 Dis 2013

Penjelasan:
Seronok dan bangga melihatkan syabab-syabab muda dan bertenaga yang seolah-olahnya baru tersedar daripada lena yang panjang. Lebih tersentuh apabila melihatkan ada juga yang mengalirkan air mata, sebak kerana baru terjaga daripada lamunan di siang hari. Semacho-macho dan sejantan-jantan mereka ini, tewas dan tersungkur juga pada ISK! Wahahaha. Eh.

Tapi benar, saya tidak hairan sebenarnya, mengapa ramai yang tersentuh, terkujat dan tersedar ibarat direnjat belut elktrik setiap kali seusai melalui pengembaraan ISK (Walaupon saya sendiri tidak tersentuh dengannya apabila pertama kali mendengarnya; memang dasar hati batu lagi konkrit! Hohoh..). Struktur dan cara pengisian disusun memang cukup cantik dan berkesan untuk memberi pukulan separa maut kepada mereka yang mendengarnya.

Para peserta pada awalnya dibawa melalui pengembaraan mengenali diri mereka sendiri, dilambung tinggi dengan kelebihan dan kelogaman yang ada pada diri mereka dan dituntun untuk memahami apakah tujuan mereka dihidupkan di muka bumi ini.

Seterusnya mereka dibawa menelusuri seerah; dibawa menghayati perjuangan dakwah Nabi SAW dan para sahabat - pengorbanan, penderitaan dan semangat setiakawan yang tidak wujud lagi di zaman moden ini. Kepentingan Qaedah Sulbah (Baca: Core group) merupakan fokus utama di peringkat ini. Tanpa Qaedah Sulbah yang baginda tarbiyah dan bina di zaman Mekah selama tiga belas tahun itu, mustahil mungkin Islam akan tersebar sebegini luas marcapada ini. 

Kemudian mereka dibawa pula menelusuri sejarah kota Madinah, bukti bahawa Islam mampu dan lebih daripada itu, cukup berkelayakan untuk memerintah kerajaan sendiri. Bagaimana ketika ini, umat Islam sudah memasuki fasa dakwah yang baru. Ujian yang mereka hadapi tidak sama dengan mehnah dan tribulasi yang mereka harungi di Mekah dahulu. Tetapi berkat asuhan dan didikan ar-Rasul SAW, mereka tegap, kuat dan kekal berdiri bersama-sama panji-panji Islam tanpa tergugat sedikit pon keimanan dan keyakinan mereka.

Setelah itu, para peserta diceritakan pula dengan perkembangan Islam yang semakin pesat dan menggalakkan di zaman Khulafa' ar-Rasyidin. Bagaimana setiap khalifah yang empat itu mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing. Hatta mereka tidak dapat menghasilkan kamehameha, namun mereka tetap seorang Super Saiya yang tiada tolok bandingnya. Hohoho..

Kemudian, buat pertama kalinya untuk kebanyakan peserta, mereka diberi pencerahan agung tentang turun naiknya ketamadunan Islam di zaman Khilafah Umayyah, 'Abbasiyyah dan Uthmaniyyah sebelum akhirnya sistem khilafah dimansuhkan secara rasminya oleh Mustafa Kemal Attaturk pada tahun 1924. Pada mulanya mereka digahkan dengan kehebatan dan keagungan ketamadunan Islam yang menjadi rujukan sepelosok alam. Namun selepas itu mereka didedahkan pula dengan hakikat, bahawasanya akibat penyakit wahan yang meresap jauh ke dalam jiwa umat Islam, umat ini akhirnya dipijak dan diinjak dengan penuh riang gembiranya oleh musuh-musuh mereka. Ramai juga ketika ini yang terlopong mulut dan terangkat kening, kerana tidak pernah tahu-menahu atau dengar-mendengar dengan fakta-makta yang disuapkan ke dalam mulut mereka dengan penuh kasih-sayang.

Akhirnya, sebagai pukulan smash mengena dahi, mereka dihidangkan pula dengan realiti umat di zaman kini. Bagaimana sekiranya nama Islam disebut suatu ketika dahulu, pasti ramai orang-orang kafir yang menggeletar kepala lutut mereka ketakutan. Kini? Mereka tertawa mengejek dan mencebik penuh benci setiap kali kalimah agung itu dihamburkan. Ramai di kalangan mereka ketika ini tertunduk malu penuh keinsafan sambil air mata mengalir perlahan, kerana buat pertama kalinya, mereka yang sudah lama dibuai mimpi indah dan berangan-angan dalam dunia fantasi sendiri, dikejutkan dengan penuh rasa kesedaran dan paradigma perubahan.

Kerana itulah, tidak hairan ISK sering menjadi pilihan untuk mengejutkan gergasi-gergasi yang sedang nyenyak tidur di dalam jiwa-jiwa syabab dan rijal diluar sana. Kerana entah mengapa dan bagaimana, ISK seolah-olahnya punya magisnya yang tersendiri untuk menyentuh hati-hati yang sudah lama keras dan kering di luar sana.

Ya benar, ISK itu tidak sempurna. ISK itu hanya wadah dan platform dalam satu cubaan untuk menyedarkan kembali ramainya anak-anak muda di luar sana yang bisa untuk tidur lena dalam keadaan kapal kuat bergoncang yang hampir karam. Maka dalam cubaan-cubaan ini, pastilah ada kelemahan dan kekurangan yang wujud padanya.


bersambung kemudian.......

No comments:

Post a Comment