Selamat datang ke blog Badan Dakwah dan Rohani Sekolah (BADAR) SMKA (P) Almashoor. Di sini kami banyak berkongsi maklumat dan artikel mengenai perkembangan Islam serta hal-hal mengenai remaja kita. Selain itu, segala aktiviti BADAR yang telah dijalankan di sekolah juga akan dimuatkan di sini. Sudah tiba masanya untuk kita lahirkan bakal Salahuddin Al-Ayyubi, Sultan Muhammad Al-Fatih, Umar Al-Khattab para pemimpin Islam terdahulu, insha Allah. Ihfadillah and rock on!

The Unknown Mujahidah



Badan Dakwah dan Rohani SMKA (P) AlMashoor merupakan sebuah organisasi penggerak utama dalam menyampaikan dakwah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah yang ditubuhkan pada awal tahun 2013. Bertanggungjawab memelihara dan memulihara akhlak dan sahsiah pelajar-pelajar SMKA (P) AlMashoor.

Diterajui oleh barisan pimpinan yang terdiri daripada golongan pelajar iaitu pengawas-pengawas BADAR seramai 35 orang.Pengawas-pengawas BADAR terdiri daripada pelajar Tingkatan 3 hingga Tingkatan 6.

Badan ini memainkan peranan signifikan dalam merealisasikan wawasan dan sasaran Pengetua SMKA (P) AlMashoor, Puan Hajah Solehah binti Awang untuk meletakkan nama SMKA (P) AlMashoor dalam kelompok sepuluh sekolah teratas, hasrat beliau agar pelajar-pelajar sekolah ini berjaya menempa nama di peringkat kebangsaan dari aspek sahsiah, akademik dan ko-kurikulum.

"This body plays a significant role in realizing the vision and objectives of Principal of SMKA (P) AlMashoor, Puan Hajjah Solehah Awang to put a name SMKA (P) AlMashoor in the group of the top ten schools, her desires that the students have managed to make a name at the national level in terms of personality, academic and co-curricular activities."

No comments:

Post a Comment