Selamat datang ke blog Badan Dakwah dan Rohani Sekolah (BADAR) SMKA (P) Almashoor. Di sini kami banyak berkongsi maklumat dan artikel mengenai perkembangan Islam serta hal-hal mengenai remaja kita. Selain itu, segala aktiviti BADAR yang telah dijalankan di sekolah juga akan dimuatkan di sini. Sudah tiba masanya untuk kita lahirkan bakal Salahuddin Al-Ayyubi, Sultan Muhammad Al-Fatih, Umar Al-Khattab para pemimpin Islam terdahulu, insha Allah. Ihfadillah and rock on!

Tuesday 2 June 2015

Mujahadah


Mujahadah ialah salah satu istilah yang sering kita jumpa dalam pengajian ilmu tasawwuf atau akhlak. Perkataan “mujahadah” berasal daripada perkataan“jihad”, yang bererti usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan yang diredai Allah. 

Ia juga membawa pengertian penentangan (perlawanan) terhadap anasir-anasir yang hendak merosakkan negara dan lain-lain seperti hawa nafsu, diktator, kezaliman dan sebagainya. Dalam ilmu tasawwuf, mujahadah lebih menitikberatkan kepada usaha melawan hawa nafsu secara bersungguh-sungguh untuk mencapai reda Allah. Orang yang bermujahadah dipanggil mujahid (bukan mu jahat). 

Al marhum Said Hawwa dalam kitabnya تربتنا الروحية menyebut rukun mujahadah ada empat iaitu pertama memencilkan diri, kedua diam, ketiga berlapar dan keeempat berjaga malam. 

sumber: http://dirihamba.blogspot.com/


Kerana untuk ikhlas itu memerlukan mujahadah.

Untuk faham itu memerlukan mujahadah.

Untuk meninggalkan jahiliyyah itu memerlukan mujahadah. 

Untuk membawa bulatan gembira itu memerlukan mujahadah.

Untuk istiqamah dalam tarbiyah dan dakwah itu memerlukan mujahadah. 

Pendek kata, hampir segala-galanya dalam tarbiyah dan dakwah itu memerlukan mujahadah. 

-Angel Pakai Gucci-

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik."
[al-Ankabut, 29:69]

Baca lagi di sini, sungguh menarik :) 


No comments:

Post a Comment