Selamat datang ke blog Badan Dakwah dan Rohani Sekolah (BADAR) SMKA (P) Almashoor. Di sini kami banyak berkongsi maklumat dan artikel mengenai perkembangan Islam serta hal-hal mengenai remaja kita. Selain itu, segala aktiviti BADAR yang telah dijalankan di sekolah juga akan dimuatkan di sini. Sudah tiba masanya untuk kita lahirkan bakal Salahuddin Al-Ayyubi, Sultan Muhammad Al-Fatih, Umar Al-Khattab para pemimpin Islam terdahulu, insha Allah. Ihfadillah and rock on!

Matlamat




TEMA 
"Membina generasi Soleh dan Musleh" 

AYAT TEMA 
"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mu'min." -Adz-Dzariyat;55- 

VISI BADAR 
BADAR sebagai organisasi Islam dinamik dan versatil dalam membangunkan sahsiah pelajar SMKA (P) AlMashoor yang cemerlang, gemilang dan terbilang berlandaskan KPI Al-Quran dan As-Sunnah 

MISI BADAR 
1) Membina imej Islam sebagai agama yang benar dan adil 
2) Melahirkan generasi pelajar bersahsiah mampan dan berminda Quranik, ensiklopedik serta saintifik 
3) Melahirkan remaja pendakwah yang berpengetahuan luas dan berkemahiran tinggi serta memiliki kebijaksanaan berdakwah 
4) Badan pemersatu ukhuwah pelajar


No comments:

Post a Comment