Selamat datang ke blog Badan Dakwah dan Rohani Sekolah (BADAR) SMKA (P) Almashoor. Di sini kami banyak berkongsi maklumat dan artikel mengenai perkembangan Islam serta hal-hal mengenai remaja kita. Selain itu, segala aktiviti BADAR yang telah dijalankan di sekolah juga akan dimuatkan di sini. Sudah tiba masanya untuk kita lahirkan bakal Salahuddin Al-Ayyubi, Sultan Muhammad Al-Fatih, Umar Al-Khattab para pemimpin Islam terdahulu, insha Allah. Ihfadillah and rock on!

Saturday 21 February 2015

"Aku tak layak."

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Blog de Beethoven-crache-sur-Bac - You sometimes think you want to disappear, but all you really want is to be found. - Skyrock.com 


"Aku tak layak." 

Pap! Satu statement tak sedar diri.

"Kenapa kau rasa kau tak layak ?" Sinis Sky bertanya.

"Aku jahat. Aku ada banyak rekod hitam. Aku tak layak."

HA HA HA. Sky fakes laugh. Qed hairan. Wajah yang menunduk, dipanggung menjeling Sky.

"Kau manusia ?"

"Soalan bodoh mana kau kutip ?" Qed tayang muka tak puas hati.

"Aku tanya. Kau manusia ?" Sky ulang.


"Iye, aku manusia. Ada dua tangan, dua kaki, dua mata, chromosomes 46, mamalian, spesis homo. Yes, I'm a human!"

"Habis, kau perfect ke ?"

"Mestilah tak!" Laju Qed bantah. Masih serius pandang Sky. Dah kenapa budak ni ? Tetiba tanya soalan luar alam.

"Habis, aku perfect sangat ke ? KP perfect sangat ke ? BADAR tu perfect sangat ke ? KA perfect sangat ke ?" Zupp, zupp, zupp. 

Nah! Terdiam Qed.  

"Kalau semua manusia perfect, kau takkan pernah dengar satu pun kes jenayah dan masalah sosial. Hatta desas-desus sekalipun. Tak perlu wujud jawatan polis, tak perlu department disiplin et cetera et cetera."

"Setiap insan itu pelupa. Setiap insan tak sempurna. Ada orang kelebihan dia gini-gini. Ada orang kelemahan dia gitu-gitu. Tidak sempurna bukan alasan untuk kata tak layak. Tak!"


"Tidak sempurna beerti kita perlu muhasabah diri. Tajdid niat. Zaman jahiliyah adalah zaman silap. Buang jauh-jauh."

Sky sambung. 

"Tapi, layakkah aku ? Dengan perangai selekeh, akhlak kelaut! Tah siapalah yang buta sangat pilih aku." Qed geleng.

Dahi Qed dijentik.

"Kau salah Qed. Kau salah. Bukan sesiapa yang pilih kau, tapi Tuhan. Allah yang pilih. Guru ke senior ke, diorang cuma perantara. Ilham daripada Allah. Sekarang, kau nak kata Tuhan buta memilih kau ?"

Qed tersentak. Pap! 

"Hidayah milik Allah. Bukan milik aku, bukan milik kau. Berdoalah, agar Dia kurniakan kau hidayah. Keputusan ditangan kau."


"Kau tolak tawaran ini, bermakna kau tolak amanah Allah. Sampai bila kau nak terus-terusan menghampakan Tuhan ?"

Dan Sky berlalu, meninggalkan soalan tanpa dijawab.

 
                                                  كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته


(Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinan kamu)


Pftt, duh dari mana wujud statement "Aku tak layak." 

Andai benar kamu manusia, kamu adalah khalifah.
Andai benar kamu Muslim, kamu adalah daie.

Amanah. Tanggungjawab.

Ya, dua benda yang susah dan berat untuk dipikul. Tapi, andai kamu percaya Tuhan itu ada, Allah itu ada, kamu pasti takkan mengeluarkan statement "Aku tak layak."


Image result for hasbunallah wani'mal-wakîl 


Kau tak perlukan aku,
Kau tak perlukan dia,
Kau tak perlukan mereka,
Kau perlukan Dia, kau perlukan Rabb, kau perlukan Allah!

Andai suatu saat, 
Kau rebah dalam dunia dakwah,
Kembalilah,
Pada Tuhan yang Esa. 

Daie perlu qowiy,
Daie lemah, mad'u rebah. 

"Aku tak layak." = Aku sedang berusaha dalam hijrah lillah ta'ala.


Love,
-Lord's

Friday 20 February 2015

Lembik.

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

"Nak jadi lembik. Bosan dan jadi sado."

Sat sat nak gelak. Gelak berangkai. Gelak tergolek. HA HA HA. Ok ok serious.


Baru kena jentik sikit.

Baru kena maki sepatah.
Baru kena perli sedas. Tu pun bukan das M16.
Dah kata penat. Dah kata bosan.

Kemon. Kamu tak layak lah jadi daie macam tu.


Eh marah ? ص ب ر.

Eh tapi betul.

Nabi-nabi berdakwah berapa lama ?

Sehari ? Sebulan ? Ke setahun ?
Lama. Sampai beratus tahun.
Ada diorang futur (putus asa) ?
Ada ? Tak.

Kamu ? Let me guess.

Setakat dakwahnya kat twitter.
Setakat tarbiyahnya kat fb.
Setakat bubuh 'kepsyen' doa kat instagaram. *sambil letak emoji macam-macam
Dah nak futur.

Eh sentap ? ص ب ر.


"At least aku ada effort kan. Bajet bagus nak kritik"


Saya tak kata salah. Jangan salah faham. Nanti saya rasa bersalah. Acewah ;D

Betul lah tu. Effort kamu. Cara kamu. Bak kata omputih, everyone has their own way.

Tapi,


Tajdid niat. Sunnguh ni nak habaq !

Check balik niat. Kut-kut ada lompang memana.


"Putus ada di pertengahan kebanyakannya berpunca dari permulaan"

Paham dok ?
Kamu, termasuk saya, kadang-kadang putus asa sebab niat kita salah.
Nak orang nampak kita baik.
Nak orang sanjung.
Nak pujian dari ostad-ostad laman so-sial.
       "Solehahnya awaa" *ditambah emoji kenyit mata

So, meh sama-sama renovate, reform, rebuild niat.

Kemon, jangan lembik sangat.
Sembang daie.
Setakat sembang je lah.
*emoji daun-daun terbang ditiup angin

Asyik-asyik futur. Asyik-asyik down.
Sebab apa ?
Sebab berdakwah kamu, nak manusia nampak.
Sebab berdakwah kamu, nak raih perhatian manusia.
Sebab berdakwah kamu, setakat sembang makcik-makcik.
Meleret.

Cup cup ! Jangan blah lagi.
Awaa saya merayu ni awaa :<
Sembang daie ?
Sentap sikit dah benci. Heh.

Sat, nak habaq.
Kalau kamu rasa nak futur, kalau kamu rasa dah tak tahan dengan mehnah dakwah.
Fikir, ujian kamu mungkin tak sampai 1% dari ujian para Nabi.

Nak futur juga ? Ok.
Kamu dah hampakan Allah.

Nastagfirullah.
Nastagfirullah.
Nastagfirullah.

كنتم خير امة اخرجت للناس
               (3 : 110)

See ?
Allah dah kata.
Kamu sebaik-baik umat. 
Tapi kamu ? Futur.
Kamu dah hampakan Allah.

Dah, moh tinggalkan sesi melankolik drama melayu.
Lap ayaq mata. Buang daki futur yg melekat dekat badan.
Sado lah sikit.
--Even kamu tak ada sixpacks, tapi kamu ada iman ;D

Janji dengan saya.
Janji dengan Allah.
Takmau lembik.
Takmau futur.
Takmau lemau.
Nak jadi qowiy macam Nabi :>

Bangun.
Bangun wahai daie.
Jangan terus futur makian.
Jangan terus lena dalam cacian.
Kalau daie pun futur, lembik, lemau--
Bayangkan keadaan ummah.
*mohon gunakan konsep imaginary 3D/4D supaya lebih jelas kesannya

Bangun.
Sembang daie.
Kita bukan sembang makcik jual pasemboq Padang Kota.
Kita sembang gaya orang ada ilmu.
Kita ada misi ;
MISI BANGUNKAN UMMAH.

sayang--
    ح ش


Saturday 14 February 2015

BUAT DIRIMU WAHAI DAIE

Assalamualaikum.



Buat dirimu wahai Daie,

Pimpinan engkau, ahli engkau, semuanya terletak di bawah tanggungjawab engkau. Jika engkau leka, lalai, lagha, alpa dan engkau endahkan, engkau biarkan, maka apakah engkau seorang yang memegang amanah dan bertanggungjawab? Maka, jawablah di hadapanNYA kelak.

Menjadi seorang pemimpin bukan mudah,Saat engkau futur, kenangkanlah kepimpinan dan kebijaksanaan Rasulullah. Bagaimana lembutnya dalam ketegasan baginda? Kasih sayang yang mengatasi segala kemarahan. Bagaimana pula dengan khalifah Sayyidina Umar? Lupakah engkau, pesanannya ialah :-

"Jadilah pemimpin yang merupakan orang pertama yang merasai kelaparan dan orang terakhir yang merasai kekenyangan"
Begitulah pengorbanan dan ketabahan yang ditunjukkan oleh pemimpin yang adil. Jadilah seperti mereka, ambil ibrah dari perjuangan mereka. Jadilah pemimpin yang dihormati bukan ditakuti.

Tidakkah engkau takut jika engkau terleka? Sebab itu perlu tarbiyyah supaya tersedar dan terjaga. Sahabat itu  pula tugasnya menjaga. Lantas janganlah engkau hanya menjadi pemimpin yang mengarahkan sahaja. Jadilah yang senang untuk mengadu dan menyapa.

Engkau ketua yang menunjukkan apa itu ukhuwah, jika engkau lemah, mengadulah. Mengadulah pada yang Esa. Mengadulah pada sahabatmu, Mereka bukan hanya mengikutmu tapi teman suka dan duka. Rapatlah dengan mereka dan binalah ukhuwah. Jangan biarkan mereka merasa kekok dan kosong, wujudkan persahabatan di bawah redha Allah.


Andai mereka lalai, tariklah mereka untuk ke syurga Allah. Jangan engkau ambil mudah, itu semua tanggungjawabmu, Allah itu maha adil. Jika baik yang kita sebarkan,moga saham baik yang kita dapat. Berkumpul dengan orang orang yang baik, di tempat yang paling baik,itulah syurga Allah. Kita sama sama tarbiyah diri kita, tarbiyah sampai diri kita hadam.

Tarbiyah bukan untuk orang yang tidak baik, tetapi untuk orang yang ingin jadi baik. Kerana tanpa tarbiyah, gerenti rebah.

Dakwah ini ibarat membasuh baju. Sebelum baju bersih, tangan kita akan bersih dahulu. Kalau baju tu tak bersih sebab terlalu kotor, tetap tangan kita akan besih. Begitu juga dengan dakwah. Kalau orang lain tak berubah, Allah akan ubah diri kita. Kalau orang  lain tetap tak berubah, Allah tetap akan ubah diri kita.Wallahualam

Hanya perkongsian ringkas buat rakan seperjuangan BADAR'15, 
teruskan perjuangan kalian, moga Allah permudahkan.
-NI-

Thursday 12 February 2015

Video Pilihan #2

Ikan, Laron & Semut - Fatih

Mari kita hayati lirik yang dinyanyikan, sungguh mendalam. comel dan meaningful :)


Apakah pengajaran yang anda peroleh daripada video ini? Sila berikan jawapan anda pada ruangan komen di bawah. Kami mahukan feedback daripada anda :)

Monday 2 February 2015

Usrah right now!


"Satu perkara yang luar biasa yang bisa menggegar dunia. Ingin tahu? tonton "Usrah Right Now!" sekarang."



Firman Allah SWT:

Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulu (semasa jahiliyah) bermusuhan, lalu Allah menyatukan diantara hati kamu sehingga dengan kurniaan-Nya, kamu menjadi bersaudara. sedangkan ketika itu kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari sana. Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat pertunjuk hidayah-Nya. 

(Surah Al-Imran : 103)